Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang barokah..
Hari ni aiza nak share resepi sambal goreng jawa yang sentiasa jadi fav.
Kalo gi kenduri, memang ambil lah..
Siap meratah lagi..
Kalo buat sendiri lagi lah kan..
Makan memang berulang lah jawab nye..
Ok, jom tengok cara² & bahan nak buat..
Resepi Sambal Goreng Jawa
-kentang
-tauhu
-tempe
(↑potong dadu→goreng)
-petai(goreng sekejap je)
Soohoon rendam
(-if suka pucuk boleh terus rendam skali)
Bahan tumis
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-cili padi
-cili besar/merah
(↑ ikut banyak mana -mayang halus)
Santan pekat +gula 2 sudu+ garam +asam jawa (bancuh sekali)
Selepas selesai goreng kentang/tauhu/tempe →
Boleh terus tumis bahan yang di mayang.
Tumis sampai kekuningan.
Masukkan kacang panjang.
Kemudian masukkan kicap.
Masukkan bancuhan santan tadi, kemudian masukkan soo hoon yang telah di tos kan air.
Gaul hingga sekata. Masukkan bahan yang telah digoreng tadi.
Kacau hingga rata.
Goreng hingga kuah kering.
Ketepikan sambal goreng tepi kuali.untuk turunkan minyak yang lebih tu.
*if nk letak udang basah pon boleh.
*dalam ni xde petai sebab x dan beli.